JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Saturday, October 8, 2016

Cameron 2016 : Penginapan


    A month before, saya dah start survey berkenaan penginapan di Cameron Highlands (CH). Kebanyakan bloggers yg pernah visit CH mencadangkan supaya menginap di Ros Chalet, Taman Sedia. Oleh kerana pertama kali bermalam di CH, sy tidak berani mengambil sebarang risiko. Jadi, sy terus call Puan Ros untuk tempahan bilik. Bilik utk 2 org RM100 per night. Untuk yg lain sy tak berapa pasti. Boleh contact owner utk maklumat lanjut.

Alhamdulillah.. Persekitaran chalet sangat lah cantik. Dgn bunga nya, ada kolam ikan dan paling best ada beranda di tepi sungai. Boleh lepak2 sambil minum air panas atau makan makanan ringan. Kettle air panas disediakan. Siap ada pinggan, cawan, sudu dan juga sinki... Sy ada nampak juga BBQ pit. Mungkin kena sewa la kan.. Hehe..

ada juga disediakan seterika dan iron board. Tp ada di luar bilik.. Kena seterika luar bilik depan corridor. Masa ni sy berpengalaman laa menggosok baju di kala suasana sejuk dan kabus menyelubungi...hahaha

Bilik ok la.. Takde la mcm hotel 5 bintang.. Hehe.. Asalkan selesa itu sudah memadai. Ada kipas dan tv. Kipas tu tak berguna pun sebab sebelah malam terlalu sejuk.. Huhuhu..

sgt convenience tinggal sini sbb dekat dgn kedai makan (The 200 Seeds Cafe) ada kedai dessert jual ice cream, waffles dan sebagainya.. Berdepan dgn chalet.. jalan kaki je...

The 200 Seeds Cafe terkenal dgn Nasi Lemak Sambal Strawberry nyeee... My husband suka sgt sampai makan dua kali!


Corridor bilik..

Corridor dr depan ke bilik penuh dgn bunga... Sgt romantik..haha

Orked la!

Jalan kaki je ke The 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.